PENYAKIT-PENYAKIT DAN RAWATAN
(TERAPI PENINGKATAN SISTEM IMUN)
Immune System Improvement therapy based on
Aurazikr Healing and brainwave entrainment
Terapi penggalakkan system imun adalah suatu sesi yang berdasarkan gabungan teknik Aurazikr Healing dan Teknologi Pelarasan Gelombang Otak. Sesi ini menurunkan atau melaraskan gelombang ke tahap Alpha/Theta supaya fikiran mencapai tahap stress-free, juga ketahap ketenangan sehingga system imun semakin galak teraktif. Sesi Alpha/Theta sangat konsisten terbukti dalam meningkatkan kadar penyembuhan dan rawatan.Juga sangat baik dalam meningkatkan T-Cells yang berupaya memperkuatkan “auto immune system”.
(TERAPI PENINGKATAN TENAGA DAN KESEGARAN TUBUH)
Healing / growth / rejuvenation treatments based on Aurazikr Healing
and brainwave entrainment
Terapi untuk merawat pertumbuhan hormone adalah suatu sesi khas yang dicipta hasil gabungan Aurazikr Healing dan Teknologi Penyelarasan Gelombang Otak.Sessi ini akan membawa fikiran kebawah tahap gelombang dimana HGH(Human Growth Hormon) yang biasanya pada orang dewasa sekitar 1hz. HGH adalah suatu hormone yang dekeluarkan dengan banyaknya ketika zaman kanak-kanak, dan ia dihubung kait dengan zat-zat anti penuaan(anti-aging properties).Mengseimbangkan pertumbuhan dan mempercepatkan penyembuhan.
(TERAPI TEKANAN DARAH TINGGI/HYPERTENSION)
Hypertension / High Blood Pressure treatments based on Aurazikr Healing and brainwave entrainment
Terapi mengurang dan merawat tekanan darah tinggi(Hypertension) adalah bersandarkan AuraZikr Healing (terapi zikir dan ayat-ayat suci) dan gabungan teknologi gelombang khas untuk otak.Sesi ini akan memenafaatkan frequensi sub delta untuk merangsang Amygdala (merupakan bahagian otak yang berperanan dalam melakukan pengolahan dan ingatan terhadap reaksi emosi) dan Hypothalamus.Dengan pembersihan dan aliran tenaga ke kebahagian ini akan mengurangkan tekanan darah,otot-otot akan berehat serta tenang,kebimbangan akan berkurangan, manakala tangan dan kaki akan menjadi suam seterusnya akan menghilangkan symptom tekanan darah tinggi.
PREMENSTRUAL DYSPHORIC DISORDER (SENGGUGUT)
Penyakit Senggugut Teruk:
Senggugut dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada :.
Senggugut utama:
Atau Senggugut primari disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Senggugut kedua:
Senggugut sekondari disebabkan wujudnya sel endometrium di luar rahim
( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
Risiko senggugut
Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Simptom
Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah Resah, cepat marah, dan kemurungan. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk
- perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
- perasaan tegang atau resah
- serangan panik
- perubahan perasaan, menangis
- mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
- tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
- sukar menumpu perhatian
- lesu
- kemaruk atau peningkatan nafsu makan
- sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
- perasaan "luar kawalan"
- peningkatan atau penurunan nafsu seksual
- peningkatan rasa bagi intim emosi
- simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.
Penyelidik telah menunjukkan bahawa wanita yang mengidap PMDD mempunyai tindak balas luar biasa kepada aras hormon normal, dan, dengan itu, sensitif jauh berbeza kepada perubahan hormon mereka sendiri. Wanita dengan variasi genetik ini lebih berkemungkinan mengidap PMDD. Mereka juga mendapati bahawa kaitan ini hanya dijumpai pada wanita dengan bentuk variasi gen lain, catechol -- o -- methyltransferase (COMT), yang terbabit dalam mengawal fungsi prefrontal cortex, pengawal penting bagi perasan (mood).Rawatan
Proses cleansing dan sweaping (pembersihan aura buruk/penyakit) akan dilakukan keseluruh tubuh. Seterusnya pembersihan kekepala dimana pusat kawalan hormone berada.Kemudian pembersihan dianggota peranakan wanita.Akhirnya proses Energising dilakukan ke tempat-tempat bermasalah serta keseluruh tubuh.
Dalam masa proses cleansing sehingga energizing dilakukan, CD PMS Brainwave yang berdasarkan bunyi yang dicipta khas akan dipasang bagi mengatasi masalah slow wave disorder yang menyebabkan PMS ini.Seterusnya pengaliran darah dicerebral akan menjadi lancar.
STRESS
Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya. Gejala stress terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan yang ada pada dirinya. Perasaan berkemampuan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri. Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Faktor persepsi adalah penting dan bermisteri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang mengelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri. .
STRESS YANG MEMUDARATKAN adalah pendedahan yang berulang dan berterusan boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram. . Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akan terjejas. Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap ditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bil kerana terpaksa menunggu lama. Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung kepadanya tanpa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-tahun berlalu. Di sini anxieti, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah menifestasi stress yang terus bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress seperti ini ialah perasaan kecewa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad dengki dalam diri kita. . Jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa hilang daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang daya maka bukit akan kelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas dan sedalam lautan; kehilangan daya ini juga akan membuat kita gagal melihat kepada sumber atau potensi yang sebenarnya ada pada diri. "Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yang berlaku tetapi oleh pendapat kita tentang apa yang berlaku". Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormon-hormon adrenalin dan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalin membuatkan diri cepat marah, penat dan gelisah. Terlampau banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan dan memudahkan diri mendapat penyakit. Tanpa rawatan untuk pulih dari ketegangan akan menyebabkan stress bertindih di atas stress yang sebelumnya dan ini akan memudaratkan badan.
Rawatan:
Proses cleansing dan sweaping (pembersihan aura buruk/penyakit) akan dilakukan keseluruh tubuh. Seterusnya pembersihan kekepala dimana pusat kawalan hormone berada.Kemudian pembersihan di cerebral dan keseluruhan saraf otak .Akhirnya proses Energising dilakukan ke tempat-tempat bermasalah serta keseluruh tubuh.
Dalam masa proses cleansing sehingga energizing dilakukan, CD Stress Reductions Therapy yang berdasarkan bunyi yang dicipta khas berdasarkan brainwave entrainment technology akan dipasang.Sesi ini akan menggunakan gelombang alpha/theta untuk mempercepatkan mengurangkan stress dan memberikan ketenangan kepada pendengar.Tambahan pula sessi rawatan ini akan melatih penghidap stress untuk mengawal secara mental menguruskan kadar stress meraka.
Dalam sesi ini, anda akan berada dalam bilik yang selesa,sambil menutup mata dan akan mengalami keadaan tenang dalam beberapa minit rawatan.
KETAGIHAN (ADDICTIONS)
Ketagihan adalah ketika tubuh atau fikiran kita sangat-sangat menginginkan atau memerlukan sesuatu agar bekerja dengan baik. Kita disebut penagih bila kita memiliki ketergantungan fisik dan ketergantungan psikologi terhadap zat psikoaktif, contohnya alkohol, tembakau, heroin, kafein, nikotin. Zat psikoaktif ini akan melintasi saraf otak setelah dicerna, sehingga mengubah kondisi kimia di otak secara sementara.
Ketagihan juga boleh dianggap sebagai keterlibatan terus-menerus dengan sesuatu zat atau aktiviti meskipun hal-hal tersebut mengakibatkan akibat negatif. Kenikmatan dan kepuasan yang pada awalnya dicari, namun perlu keterlibatan selama beberapa waktu dengan zat atau aktiviti itu agar seseorang merasa normal.
Saat ketagihan sesuatu, seseorang akan sakit jika mereka tak mendapatkan sesuatu yang membuat mereka ketagihan, namun berlebihan sesuatu itu boleh menyebabkan kesihatan mereka menurun..
Pakar psikologi sekarang ini memaksudkan ketagihan sebagai ketergantungan psikologi yang abnormal pada beberapa aktiviti, misalnya judi, makanan, seks, pornografi, komputer, internet, kerja, olahraga, idola, TV atau video non-pornografi tertentu, obsesi spiritual, melukai diri, dan belanja.
Tanpa rawatan untuk aktiviti pemulihan,ketagihan boleh menyebabkan kelumpuhan saraf dan kematian pramatang dan pelbagai masalah
Rawatan
Proses cleansing dan sweaping (pembersihan aura buruk/penyakit) akan dilakukan keseluruh tubuh. Seterusnya pembersihan kekepala dimana pusat kawalan hormone berada.Kemudian pembersihan di cerebral dan keseluruhan saraf otak .Akhirnya proses Energising dilakukan keseluruh tubuh.
Dalam masa proses cleansing sehingga energizing dilakukan, CD Addiction Reductions Therapy yang berdasarkan bunyi yang dicipta khas berdasarkan brainwave entrainment technology akan dipasang.Sesi terapi ini akan mengurangkan desakan tidak terkawal kepada kebolehan diri merawat menerusi kaedah menenangkan pendengar dan meningkatkan gelombang Alpha dan Theta (ianya adalah komponen yang berlaku ketika pengambilan dadah dan alkohol) Terapi ini akan membetulkan ketidak stabilan gelombang otak yang biasanya berlaku pada penagih dan gantian yang baik untuk ketagihan dadah, alkohol, kokain, heroin, nikotin dan lain-lain.
Dalam sesi ini, anda akan berada dalam bilik yang selesa,sambil menutup mata dan akan mengalami keadaan tenang dalam beberapa minit rawatan
No comments:
Post a Comment