Sunday 14 August 2011

TESTIMONI RAWATAN AURA

Testimoni (1):


Nama                 :  Abdul Suhaimi bin Zahari
No Tel/Hp          :  012 3678742
Daripada            :  Kuantan
Tarikh testimoni  :  12/8/2011
Penyakit             :  Tonsil
Lama sakit         :  3 tahun
Simptom            :  Sakit tekak/Demam berpanjangan
Rawatan            :  Membuat rawatan Aura selama sekali , tiga bulan yang lalu
Kesan               :   Demam yang berpanjangan, sakit badan hilang serta tonsil yang
                              selama ini  kerap kali sakit sudah sembuh sehingga hari ini

Testimoni (2):

Nama                 :  Puan Nurul Ismah binti Mohd Zin
No Tel/Hp          :  013 9639380
Daripada            :  Gambang, Kuantan
Tarikh testimoni  :  Julai/2011
Penyakit             :  Sakit kelenguhan
Lama sakit         :  1 tahun lebih
Simptom            :  tidak selesa di lengan dan leher
Rawatan            :  Membuat rawatan Aura selama sekali
Kesan               :   Bangun tidur jadi ringan tubuh, fikiran lapang

Testimoni (3)

Nama                 :  Hani
No Tel/Hp          :  013 2708432
Daripada            :  , Kuantan
Tarikh testimoni  :  10/9/2011
Penyakit             :  Peredaran haid tak teratur (istihadhoh)
Lama sakit         :  2 bulan
Simptom            :  Rasa tertekan
Rawatan            :  Membuat rawatan AuraZikr Healing untuk PMS
Kesan               :   Alhamdulillah selepas rawatan, peredaran haid jadi teratur

Testimoni (4)

Nama                 :  Mohd Arif Aqil bin Samsul
No Tel/Hp          :  019 9229067 (bapa)
Daripada            :  Berjaya Permai, Kuantan Pahang
Tarikh testimoni  :  Bulan 5 dan bulan 8 /2011
Pengenalan         : Melalui rakan
Penyakit             :  Buah pinggang bengkak
Lama sakit         :  sejak lahir, kini berumur 5 bulan
Simptom            :  semasa scan dengan doktor, bayi mengalami muntah-muntah.
                            Doktor mengesahkan bayi mengalami masalah buah pinggang
Rawatan            :  Membuat rawatan Aura untuk masalah buah pinggang
Kesan               :   Setelah 2 kali rawatan dilakukan oleh ustaz Hassan,
                            Kesihatan anak semakin baik dan kini
                            bebas dari masalah buah pinggang

Testimoni (5)

Nama                 :  Wan Noor Azira bt Haji Wan Abdullah
No Tel/Hp          :  014 5110104
Daripada            :  Maran, Pahang
Tarikh testimoni  :  Syawal/2011
Pengenalan         :  Laman Web (blog)
Penyakit             :  Plasenta Previa (Uri Jatuh Kebawah) 
Lama sakit         :  Awal Kehamilan (3 hingga 4 bulan)
Simptom            :  Tumpah darah dan uri berada pada tahap 4
Rawatan            :  Membuat rawatan AuraZikr Healing, Rawatan Ruqyah Penyakit,
                            Urut Kaki dan Bekalan Zikir Asmaul Husna
Kesan               :   Daripada plasenta tahap 4 berubah ke tahap 1 selepas 2 kali rawatan

Testimoni (6)

Nama                 :  Kak De
No Tel/Hp          :  019 9869901
Daripada            :  Cenderawasih, Kuantan
Tarikh testimoni  :  28/Julai/2011
Pengenalan         :  Melalui laman web dab blog
Penyakit             :  Misteri
Lama sakit         :  16 tahun +-
Simptom            :  Sakit kepala kronik )muntah-muntah selama 2-3 hari
Rawatan            :  Membuat rawatan Aura , Rawatan Ruqyah, Mandi daun bidara
                            selama 2 hari berturut turut
Kesan               :   Selepas makan buah (betik) selama 3 hari sistem pencernaan
                             terasa lega hingga kehari ini
                         :  Kepala terus terasa ringan, mimpi-mimpi buruk sudah tiada
                         :  Kembali tenteram

Monday 8 August 2011

KANSER, RAWATAN DAN PENYELESAIAN

KESAN:

  "Sakit, sakit amat-amat terasa bila ubat dititiskan dan alirannya menjalar ke kelenjar-kelenjar. Rambut menjadi gugur, kuku menjadi hitam dan badan senantiasa panas dan letih.Tambahan pula belakang sentiasa sakit kerana sel-sel kanser telah menular ketisu-tisu tulang. Beginilah kesannya akibat dikemoterapi.





    Kekadang,berminggu-minggu dikatil hospital,sampai punggung kecut dan mengecil. Emosi sudah tak terkira menahan boring, lamanya terlantar.Orang pun dah jemu melawat.Ubat-ubat yang bermacam-macam warna umpama memakan kekacang yang banyak dijual di pasar raya. Alih-alih doktor kata "Penyakit makcik ni dah tahap 4, tapi makcik tetap kena makan ubat ni, buat prosedur itu dan ini. Bagaimana perasaan anda? Bagaimana kesudahannya?




   Walaupun didiagnos dengan KANSER, bukanlah penghujung untuk kehidupan anda. Kami ada alternatif untuk rawatan dan penyelesaian penyakit ini:

1) Kanser Payudara




2) Kanser mulut






3) Kanser Servik






4) Kanser colon





5) leukimia





  Rawatan kami tidak semahal rawatan di hospital swasta, tidak perlu berbelanja beribu-ribu ringgit,malahan beratus ribu ringgit untuk keluar negeri. Harga serendah RM50 untuk satu sesi (5-15 minit) akan terus mengurangkan sakit, malahan ada yang rasa hilang terus sakit/denyutan sakit (tanpa diberi ubat penahan sakit). Ada yang kami jumpa buah pinggangnya telah bocor kerana terlalu kerap mengambil ubat penahan sakit.

BENTUK RAWATAN:

  Rawatan kami adalah tanpa sentuhan dan urutan. Hanya transmisi zikir dan doa dari sumber energi kepada sakit kemudian autotherapy kemampuan tubuh untuk pulih akan dirangsang dengan sendiri (izin Allah).

  Mungkin istilah kebanyakkan orang cara ini diklasifikasikan sebagai kebatinan (bukan perubatan zahiriah).Tetapi bagi kami ianya adalah gelombang energi zikir daripada perawat yang diqosad (doa kepada Allah) supaya sakit itu pergi. Kerana sakit itu juga adalah makhluk ciptaannya.Samada sakit itu ujian dariNya atau bala darinya, apa apa pun kita diperintahkan supaya beribadah dalam bentuk mencari perubatan yang sesuai.

 Setelah selesai sesi rawatan (disyorkan 3 hingga 7 kali sesi) bergantung tahap keseriusan, kami akan mengesyorkan produk B17 yang mana terbukti berkesan secara zahiriah merawat kanser KRONIK seperti leukimia, kanser payu dara, kanser servik, kanser otak, kanser hati, kanser tulang, kanser lympoma, kanser uterus, kanser perut, kanser ovari,  kanser kolon, kanser paru-paru, usus ,kulit dan lain-lain.

 Di pusat rawatan kami, anda kan diberikan tip-tip yang berharga untuk kelangsungan hidup anda :

 1) pemakanan khas untuk dimakan pesakit kanser
 2) pemakanan yang perlu dihindar bagi memepercepatkan kesembuhan

 Kami juga akan memberikan zikir ringkas dan mudah untuk kekuatan rohani dalam proses penyembuhan tersebut.
 Kami yakin dengan Allah terhadap usaha kami ini dan anda sama-samalah yakin dengan DIA yang maha penyembuh dan maha berkuasa.


                                         B17


 PRODUK DAN KHASIAT:

APRICOT SEED


Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great. Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, biji Buah Apricot mengandungi Amigdalin atau Vitamin B17 mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal.

Antara khasiat B17 Apricot Seed :

Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lainlain
lagi.
·  Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing
Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
·  Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam
darah dan anti penuaan.
Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...
·  Meningkatkan kesihatan mental dan memori.
·  Mangimbangi kandungan gula dalam darah.
·  Membersihkan arteri
·  Mengurangkan masalah sakit sendi
·  Membantu masalah buasir
·  Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan
toksin dalam badan.
·  Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
·  Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan
·  Mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv,
gatal-gatal & alahan.
·  Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung
·  Menghaluskan kulit.
·  Meningkatkan libido seks untuk wanita.

AMIGDALIN


Merupakan sebuah enzim yang di perolehi dari biji buah Apricot, yang mempunyai khasiat untuk mencegah dan membunuh sel kanser. Sebuah makanan tambahan yang di gunakan oleh beberapa hospital di dunia untuk membantu penyembuhan penyakit kanser.

Hasil Kajian menunjukan bahawa:
B17 Amigdalin berjaya berhentikan metastasis (penyebaran kanser) pada tikus.
B17 berjaya meningkatkan tahap kesihatan mereka secara umum.
B17 berjaya menghalang pertumbuhan tumor kecil.
B17 berjaya menghilangkan rasa sakit 70% pengidap kanser.
B17 bertindak sebagai agen pencegahan kanser 100%.
B17 Menambahkan selera makan.

BROMOLIN



1. Bromelain adalah satu enzim iaitu dikeluarkan daripada batang dan buah nanas. Ia adalah digunakan bagi membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka-luka kanser dan lebam-lebam, dan membantu dalam penghadaman proteinprotein yang melindungi sel kanser.
3. Kajian menunjukan berfaedah dalam membantu untuk melawan penyakit kardiovaskular dan kanser.
4. Terdapat bukti yang kukuh bahawa pengambilan 1,200 hingga 1,800 miligram bromelain satu hari boleh membantu menenangkan kembali kesakitan akibat keradangan dan kanser dalam yang yang sengsara dengan artritis reumatoid.
5. Apabila digabungkan dengan antibiotik, bromelain boleh juga membantu mengurangkan keradangan yang menemani sinusitis. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bromelain adalah baik untuk penurunan bengkak payu dara dan meningkatkan khadar pernafasan.
6. Bromelain menyekat pengagregatan (berkumpul) platelets, dan ia sangat membantu mencegah penyakit
jantung disebabkan oleh pembentukan plak yang akan membawa kepada serangan jantung.
7. Sangat berkesan dalam merawat angina dan Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD),
8.Bromelain dapat meningkatkan penyerapan beberapa dadah, termasuk antibiotik, ubat-ubat kemoterapi, dan tekanan darah tinggi.
9.Bromelain boleh membantu rawatan-rawatan kanser menjadi lebih berjaya.
8. Bromelain boleh meningkatkan kesan-kesan ubatubatan lain juga, Seperti warfarin (Coumadin); anti
Motrin, Advil, naproksen, dan aspirin.
10. Bromelain boleh membantu yang menderita sindrom prahaid (PMS) oleh halangan prostaglandin hormonhormon yang punca kejang prahaid.
11. Melancarkan perjalanan darah haid agar mengalir dengan lebih baik dan lancar.

 
   

Friday 5 August 2011

PENYAKIT-PENYAKIT DAN RAWATAN



PENYAKIT-PENYAKIT DAN RAWATAN

 (TERAPI PENINGKATAN SISTEM IMUN)
Immune System Improvement therapy based on 
Aurazikr Healing and brainwave entrainment
 

Terapi penggalakkan system imun adalah suatu sesi yang berdasarkan gabungan teknik Aurazikr Healing dan Teknologi Pelarasan Gelombang Otak. Sesi ini menurunkan atau melaraskan gelombang ke tahap Alpha/Theta supaya fikiran mencapai tahap stress-free, juga ketahap ketenangan sehingga system imun semakin galak teraktif. Sesi Alpha/Theta sangat konsisten terbukti dalam meningkatkan kadar penyembuhan dan rawatan.Juga sangat baik dalam meningkatkan T-Cells yang berupaya memperkuatkan “auto immune system”.

(TERAPI PENINGKATAN TENAGA DAN KESEGARAN TUBUH)
Healing / growth / rejuvenation treatments based on  Aurazikr Healing
and brainwave entrainment

Terapi untuk merawat pertumbuhan hormone adalah suatu sesi khas yang dicipta hasil gabungan Aurazikr Healing dan Teknologi Penyelarasan Gelombang Otak.Sessi ini akan membawa fikiran kebawah tahap gelombang dimana HGH(Human Growth Hormon) yang biasanya pada orang dewasa sekitar 1hz. HGH adalah suatu hormone yang dekeluarkan dengan banyaknya ketika zaman kanak-kanak, dan ia dihubung kait dengan zat-zat anti penuaan(anti-aging properties).Mengseimbangkan pertumbuhan dan mempercepatkan penyembuhan.

(TERAPI TEKANAN DARAH TINGGI/HYPERTENSION)
Hypertension / High Blood Pressure treatments based on Aurazikr Healing and brainwave entrainment

Terapi mengurang dan merawat tekanan darah tinggi(Hypertension) adalah bersandarkan AuraZikr Healing (terapi zikir dan ayat-ayat suci) dan gabungan teknologi gelombang khas untuk otak.Sesi ini akan memenafaatkan frequensi sub delta untuk merangsang Amygdala (merupakan bahagian otak yang berperanan dalam melakukan pengolahan dan ingatan terhadap reaksi emosi) dan Hypothalamus.Dengan pembersihan dan aliran tenaga ke kebahagian ini akan mengurangkan tekanan darah,otot-otot akan berehat serta tenang,kebimbangan akan berkurangan, manakala tangan dan kaki akan menjadi suam seterusnya akan menghilangkan symptom tekanan darah tinggi.


 PREMENSTRUAL DYSPHORIC DISORDER (SENGGUGUT)

Penyakit Senggugut Teruk:

Senggugut  dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada :.

Senggugut utama:

 Atau Senggugut primari  disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat.  Biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua:

 Senggugut sekondari disebabkan  wujudnya sel endometrium di luar rahim
( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko senggugut

Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Simptom

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah  Resah, cepat marah, dan kemurungan. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.
Penyelidik telah menunjukkan bahawa wanita yang mengidap PMDD mempunyai tindak balas luar biasa kepada aras hormon normal, dan, dengan itu, sensitif jauh berbeza kepada perubahan hormon mereka sendiri. Wanita dengan variasi genetik ini lebih berkemungkinan mengidap PMDD. Mereka juga mendapati bahawa kaitan ini hanya dijumpai pada wanita dengan bentuk variasi gen lain, catechol -- o -- methyltransferase (COMT), yang terbabit dalam mengawal fungsi prefrontal cortex, pengawal penting bagi perasan (mood).
 
Rawatan

Proses cleansing dan sweaping (pembersihan aura buruk/penyakit) akan dilakukan keseluruh tubuh. Seterusnya pembersihan kekepala dimana pusat kawalan hormone berada.Kemudian pembersihan dianggota peranakan wanita.Akhirnya proses Energising dilakukan ke tempat-tempat bermasalah serta keseluruh tubuh.
Dalam masa proses cleansing sehingga energizing dilakukan, CD PMS Brainwave yang berdasarkan bunyi yang dicipta khas akan dipasang bagi mengatasi masalah slow wave disorder yang menyebabkan PMS ini.Seterusnya pengaliran darah dicerebral akan menjadi lancar.



STRESS

  Stress adalah istilah  yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya. Gejala stress terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan yang ada pada dirinya. Perasaan berkemampuan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri. Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Faktor persepsi adalah penting dan bermisteri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain.  Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang mengelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri. . 

STRESS YANG MEMUDARATKAN adalah pendedahan yang berulang dan berterusan boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram. . Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akan terjejas. Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap ditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bil kerana terpaksa menunggu lama. Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung kepadanya tanpa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-tahun berlalu. Di sini anxieti, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah menifestasi stress yang terus bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress seperti ini ialah perasaan kecewa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad dengki dalam diri kita. . Jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa hilang daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang daya maka bukit akan kelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas dan sedalam lautan; kehilangan daya ini juga akan membuat kita gagal melihat kepada sumber atau potensi yang sebenarnya ada pada diri. "Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yang berlaku tetapi oleh pendapat kita tentang apa yang berlaku". Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormon-hormon adrenalin dan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalin membuatkan diri cepat marah, penat dan gelisah. Terlampau banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan dan memudahkan diri mendapat penyakit. Tanpa rawatan untuk pulih dari ketegangan akan menyebabkan stress bertindih di atas stress yang sebelumnya dan ini akan memudaratkan badan.

Rawatan:

Proses cleansing dan sweaping (pembersihan aura buruk/penyakit) akan dilakukan keseluruh tubuh. Seterusnya pembersihan kekepala dimana pusat kawalan hormone berada.Kemudian pembersihan di cerebral dan keseluruhan saraf otak .Akhirnya proses Energising dilakukan ke tempat-tempat bermasalah serta keseluruh tubuh.
Dalam masa proses cleansing sehingga energizing dilakukan, CD Stress Reductions Therapy yang berdasarkan bunyi yang dicipta khas berdasarkan brainwave entrainment technology  akan dipasang.Sesi ini akan menggunakan gelombang alpha/theta untuk mempercepatkan mengurangkan stress dan memberikan ketenangan kepada pendengar.Tambahan pula sessi rawatan ini akan melatih penghidap stress untuk mengawal secara mental menguruskan kadar stress meraka.
Dalam sesi ini, anda akan berada dalam bilik yang selesa,sambil menutup mata dan akan mengalami keadaan tenang dalam beberapa minit rawatan.


KETAGIHAN (ADDICTIONS)

 Ketagihan adalah ketika tubuh atau fikiran kita sangat-sangat menginginkan atau memerlukan sesuatu agar bekerja dengan baik. Kita disebut penagih bila kita memiliki ketergantungan fisik dan ketergantungan psikologi terhadap zat psikoaktif, contohnya alkohol, tembakau, heroin, kafein, nikotin. Zat psikoaktif ini akan melintasi saraf otak setelah dicerna, sehingga mengubah kondisi kimia di otak secara sementara.
Ketagihan juga boleh dianggap sebagai keterlibatan terus-menerus dengan sesuatu zat atau aktiviti meskipun hal-hal tersebut mengakibatkan akibat negatif. Kenikmatan dan kepuasan yang pada awalnya dicari, namun perlu keterlibatan selama beberapa waktu dengan zat atau aktiviti itu agar seseorang merasa normal.
Saat ketagihan sesuatu, seseorang akan sakit jika mereka tak mendapatkan sesuatu yang membuat mereka ketagihan, namun berlebihan sesuatu itu boleh menyebabkan kesihatan mereka menurun..
Pakar psikologi  sekarang ini memaksudkan ketagihan sebagai ketergantungan psikologi yang abnormal pada beberapa aktiviti,  misalnya judi, makanan, seks, pornografi, komputer, internet, kerja, olahraga, idola, TV atau video non-pornografi tertentu, obsesi spiritual, melukai diri, dan belanja.
Tanpa rawatan untuk aktiviti pemulihan,ketagihan boleh menyebabkan kelumpuhan saraf dan kematian pramatang dan pelbagai masalah

Rawatan

Proses cleansing dan sweaping (pembersihan aura buruk/penyakit) akan dilakukan keseluruh tubuh. Seterusnya pembersihan kekepala dimana pusat kawalan hormone berada.Kemudian pembersihan di cerebral dan keseluruhan saraf otak .Akhirnya proses Energising dilakukan  keseluruh tubuh.
Dalam masa proses cleansing sehingga energizing dilakukan, CD Addiction Reductions Therapy yang berdasarkan bunyi yang dicipta khas berdasarkan brainwave entrainment technology  akan dipasang.Sesi terapi ini akan mengurangkan desakan tidak terkawal kepada kebolehan diri merawat menerusi kaedah menenangkan pendengar dan meningkatkan  gelombang Alpha dan Theta  (ianya adalah komponen yang berlaku ketika pengambilan dadah dan alkohol) Terapi ini akan membetulkan ketidak stabilan gelombang otak yang biasanya berlaku pada penagih dan gantian yang baik untuk ketagihan dadah, alkohol, kokain, heroin, nikotin dan lain-lain.
Dalam sesi ini, anda akan berada dalam bilik yang selesa,sambil menutup mata dan akan mengalami keadaan tenang dalam beberapa minit rawatan

Sunday 17 July 2011

ANALISIS AURA ANDA


Aura
Aura kepada tubuh manusia adalah ibarat lapisan ozon kepada bumi. Lapisan ozon memainkan peranan penting sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan lain daripada sinaran ultra-ungu yang berbahaya dan lapisan ozon juga membantu mengawal suhu bumi. Dengan penipisanperisaiini, manusia semakin berisiko untuk terdedah kepada bahaya penyakit kanser kulit, kataraks dan kelemahan sistem imunisasi. Begitu juga dengan fungsi aura kepada manusia. Aura adalah satu medan elektromagnet yang melingkari di sekeliling tubuh badan manusia dan amatlah penting dalam melindungi tubuh manusia.
Gaya hidup di arus pemodenan masa kini yang senantiasa mengejar masa, menyebabkan majoriti daripada kita mengambil jalan pintas dengan mengamalkan tabiat pemakanan tidak sihat (iaitu mengambil makanan diproses dan makanan segera) yang tidak baik untuk tubuh badan. Tuntutan kerjaya yang mendesak menyebabkan rokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah telah dijadikan oleh sesetengah individu sebagai bahan penenang minda atau untuk mengurangkan tekanan. Dunia tanpa sempadan menyebabkan segala urusan berada dihujung jarikomputer atau komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat elektronik yang lain kerap digunakan. Manusia kini terdedah kepada pelbagai bentuk radiasi setiap hari. Gejala-gejala ini merupakan punca-punca kerosakan atau kebocoran aura yang mengakibatkan manusia hidup penuh dengan tekanan, kemurungan dan mudah untuk marah. Ini jika tidak ditangani, akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih kritikal lagi.
Antara kesan-kesan akibat kerosakan atau kebocoran aura adalah:
• Keletihan    • Kekurangan tenaga   • Kesunyian/Kemurungan
• Pemikiran, perasaan dan perilaku yang negatif, tidak seimbang dan di luar kawalan
• Kelemahan sistem energi yang membawa kepada pelbagai isu kesihatan terutamanya kesihatan   
fizikal


BAGAIMANA AURA ANDA DIANALISIS
  Kami  membantu mengenal pasti tenaga atau gelombang elektromagnetik dimiliki seseorang itu. Selepas mengenal pasti kebocoran atau ketidak seimbangan aura, kami akan merawat secara berperingkat iaitu bermula dengan proses cleansing, sweaping dan seterusnya energising ke kawasan bermasalah. Proses rawatan dalam bentuk bergambar ini boleh dilihat di http://aurazikrhealing.blogspot.com/ .