Sunday 17 July 2011

ANALISIS AURA ANDA


Aura
Aura kepada tubuh manusia adalah ibarat lapisan ozon kepada bumi. Lapisan ozon memainkan peranan penting sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan lain daripada sinaran ultra-ungu yang berbahaya dan lapisan ozon juga membantu mengawal suhu bumi. Dengan penipisanperisaiini, manusia semakin berisiko untuk terdedah kepada bahaya penyakit kanser kulit, kataraks dan kelemahan sistem imunisasi. Begitu juga dengan fungsi aura kepada manusia. Aura adalah satu medan elektromagnet yang melingkari di sekeliling tubuh badan manusia dan amatlah penting dalam melindungi tubuh manusia.
Gaya hidup di arus pemodenan masa kini yang senantiasa mengejar masa, menyebabkan majoriti daripada kita mengambil jalan pintas dengan mengamalkan tabiat pemakanan tidak sihat (iaitu mengambil makanan diproses dan makanan segera) yang tidak baik untuk tubuh badan. Tuntutan kerjaya yang mendesak menyebabkan rokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah telah dijadikan oleh sesetengah individu sebagai bahan penenang minda atau untuk mengurangkan tekanan. Dunia tanpa sempadan menyebabkan segala urusan berada dihujung jarikomputer atau komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat elektronik yang lain kerap digunakan. Manusia kini terdedah kepada pelbagai bentuk radiasi setiap hari. Gejala-gejala ini merupakan punca-punca kerosakan atau kebocoran aura yang mengakibatkan manusia hidup penuh dengan tekanan, kemurungan dan mudah untuk marah. Ini jika tidak ditangani, akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih kritikal lagi.
Antara kesan-kesan akibat kerosakan atau kebocoran aura adalah:
• Keletihan    • Kekurangan tenaga   • Kesunyian/Kemurungan
• Pemikiran, perasaan dan perilaku yang negatif, tidak seimbang dan di luar kawalan
• Kelemahan sistem energi yang membawa kepada pelbagai isu kesihatan terutamanya kesihatan   
fizikal


BAGAIMANA AURA ANDA DIANALISIS
  Kami  membantu mengenal pasti tenaga atau gelombang elektromagnetik dimiliki seseorang itu. Selepas mengenal pasti kebocoran atau ketidak seimbangan aura, kami akan merawat secara berperingkat iaitu bermula dengan proses cleansing, sweaping dan seterusnya energising ke kawasan bermasalah. Proses rawatan dalam bentuk bergambar ini boleh dilihat di http://aurazikrhealing.blogspot.com/ .


 

  











No comments:

Post a Comment